AGENDA

Tampung lesen motor 15,000 belia, tiket kapal terbang 60,000 mahasiswa

18 Okt 2024, 9:40 AM
Tampung lesen motor 15,000 belia, tiket kapal terbang 60,000 mahasiswa

SHAH ALAM, 18 OKT: Kerajaan akan menampung bayaran lesen motosikal seramai 15,000 anak muda kurang mampu merangkumi murid sekolah menengah, mahasiswa dan belia mencari kerja.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata bantuan turut diperluaskan dengan pemberian topi keledar percuma untuk keselamatan kanak-kanak yang memanfaatkan 67,000 keluarga susah.

"Kerajaan juga akan memberi bantuan pembelian tiket penerbangan bagi 60,000 mahasiswa kurang mampu khususnya dari Sabah dan Sarawak untuk pulang ke kampung.

"Semua peruntukan yang disalurkan untuk membantu rakyat susah ini adalah sebahagian hasil yang diraih daripada penjualan nombor plat khas," katanya ketika membentangkan Belanjawan 2025.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619