ADN

Skuad sukarelawan DUN Dusun Tua bantu pindah mangsa banjir, bersih rumah

16 Okt 2024, 5:35 AM
Skuad sukarelawan DUN Dusun Tua bantu pindah mangsa banjir, bersih rumah
Skuad sukarelawan DUN Dusun Tua bantu pindah mangsa banjir, bersih rumah
Skuad sukarelawan DUN Dusun Tua bantu pindah mangsa banjir, bersih rumah

SHAH ALAM, 16 OKT: Dewan Undangan Negeri (DUN) Dusun Tua menggerakkan lebih 100 sukarelawan bagi membantu mangsa banjir kilat di Kampung Sungai Serai, Batu 11.

Wakil rakyatnya Datuk Johan Abd Aziz berkata semua mangsa diselamat dan dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Rendah Kebangsaan Sungai Serai.

“Skuad sukarelawan ini ditubuhkan ketika bah besar pada 2021 dengan menggunakan aset sebanyak 13 bot. Mereka mempunyai kemahiran asas mengedalikan bot yang dilatih Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).

“Antara kawasan lain terjejas adalah di Kampung Sungai Lui dan Kampung Sungai Jawa. Bah mula surut, kini skuad sukarelawan menumpukan bantuan kerja pembersihan di rumah mangsa,” katanya kepada Media Selangor.

[caption id="attachment_668373" align="aligncenter" width="700"] Skuad Sukarelawan Dewan Undangan Negeri (DUN) Dusun Tua membantu memindahkan mangsa banjir kilat ke pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Rendah Kebangsan Sungai Serai pada 15 Oktober 2024. Foto Facebook Datuk Johan Abdul Aziz[/caption]

Johan memaklumkan pihaknya menyediakan sebanyak 1,500 paket makanan buat mangsa dan  petugas.

"Saya ambil inisiatif untuk masak sendiri di PPS yang akan diusahakan oleh badan bukan kerajaan (NGO) bagi meringankan beban mangsa,” kongsinya.

Hujan berterusan sejak petang semalam sehingga malam tadi menyebabkan beberapa kawasan di Hulu Langat, Selangor dinaiki air.

Menurut portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), setakat jam 12.45 tengah hari, hanya satu pusat pemindahan sementara di buka di kawasan Hulu Langat dengan menempatkan 33 mangsa dari 12 keluarga.

[caption id="attachment_668374" align="aligncenter" width="700"] Skuad Sukarelawan Dewan Undangan Negeri (DUN) Dusun Tua membantu memindahkan mangsa banjir kilat ke pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Rendah Kebangsan Sungai Serai pada 15 Oktober 2024. Foto Facebook Datuk Johan Abdul Aziz[/caption]

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619