AGENDA

Peniaga rugi setengah juta, ditipu pelaburan bina rumah peranginan di Pulau Perhentian

15 Okt 2024, 2:47 AM
Peniaga rugi setengah juta, ditipu pelaburan bina rumah peranginan di Pulau Perhentian

KUALA TERENGGANU, 15 OKT: Seorang peniaga mengalami kerugian RM500,000 selepas ditipu pelaburan berkaitan pembangunan resort yang tidak wujud.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Azli Mohd Noor berkata pada 23 Ogos 2020, peniaga berumur 44 tahun telah ditawarkan menyertai satu usaha sama untuk membangunkan sebuah resort di Pulau Perhentian oleh syarikat Bmax Solution (M) Sdn Bhd.

Beliau berkata peniaga yang berasal dari Marang telah dijanjikan pulangan RM394,020 setiap tahun, selagi menyertai pelaburan berkenaan, dengan modal RM500,000.

"Mangsa yang tertarik dengan keuntungan besar bersetuju dan menandatangani perjanjian dengan membuat pembayaran modal ke akaun yang diarahkan secara berperingkat sehingga mencapai jumlah RM500,000," katanya dalam kenyataan hari ini.

Azli berkata selepas beberapa tahun menunggu peniaga itu masih belum menerima keuntungan yang dijanjikan, manakala suspek wanita yang pada awalnya memperkenalkan diri sebagai Janah, gagal dihubungi.

Peniaga itu merasa tertipu kemudiannya apabila semakan yang dibuat dengan pihak berkaitan mendapati bahawa tidak ada pembangunan resort di Pulau Perhentian seperti yang didakwa suspek.

Peniaga itu membuat laporan polis baru-baru ini.

-- BERNAMA

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619