AGENDA

Bapa, ibu tiri ditahan dera budak lelaki enam tahun

12 Okt 2024, 9:02 AM
Bapa, ibu tiri ditahan dera budak lelaki enam tahun

IPOH, 12 OKT: Pasangan suami isteri ditahan kerana disyaki mendera seorang kanak-kanak lelaki enam tahun di sebuah rumah di Ladang Kalumpong, Bagan Serai, Khamis lepas.

Ketua Polis Daerah Kerian Supt Juna Yusoff dalam kenyataan berkata pihaknya menahan bapa kandung dan ibu tiri mangsa itu, masing-masing berumur 47 dan 33 tahun, pada kira-kira 5.30 petang.

Beliau berkata polis turut merampas beberapa alatan dipercayai digunakan untuk mencederakan mangsa serta tiga botol cecair disyaki ketum.

Juna berkata kanak-kanak berkenaan telah dibawa ke Hospital Taiping dan hasil pemeriksaan mendapati mangsa mengalami kecederaan pada muka, dada, perut, kedua-dua tangan, kaki dan paha akibat dipukul.

“Mangsa kini dirawat di Hospital Taiping dan berada dalam keadaan stabil, kes telah diklasifikasikan di bawah Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952.

“Kedua-dua suspek ditahan reman selama lima dari tarikh tangkapan hingga 14 Okt bagi membantu siasatan,” katanya.

Beliau meminta orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menimbulkan kegusaran awam dan menghubungi bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Kerian di talian 05-7212222 sekiranya mempunyai sebarang maklumat berkaitan.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619