PBT

MBSA laksana operasi pembersihan parit, longkang atasi banjir kilat

12 Okt 2024, 1:41 AM
MBSA laksana operasi pembersihan parit, longkang atasi banjir kilat
MBSA laksana operasi pembersihan parit, longkang atasi banjir kilat

SHAH ALAM, 12 OKT: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) mengadakan operasi membersih serta menyelenggara longkang dan parit di seluruh daerah ini bertujuan mengatasi masalah banjir kilat.

Datuk Bandar Shah Alam  Dato'  Mohd Fauzi Mohd Yatim berkata langkah itu diambil kerana banjir kilat yang sering berlaku di kawasan bandar kebiasaannya berpunca daripada longgokan sampah di longkang dan perparitan yang tidak diselenggara.

“Pembersihan dan penyelenggaraan dibuat setiap minggu oleh Jabatan Alam Sekitar dan Sisa Pepejal MBSA.

[caption id="attachment_667706" align="alignleft" width="420"] Datuk Bandar Shah Alam Dato' Mohd Fauzi Mohd Yatim bercakap kepada media selepas majlis Penyerahan Sumbangan Insentif Pemenang Pingat Sempena Kejohanan SUKMA Ke-21 Sarawak 2024 di Pusat Konvensyen MBSA, Shah Alam pada 11 Oktober 2024. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI[/caption]

“Ia dilaksanakan di pusat bandar dan kawasan titik panas seperti Kampung Kubu Gajah, Kampung Melayu Subang, Paya Jaras, Jalan Kebun dan Kota Kemuning,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan insentif kemenangan atlet Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 di Pusat Konvensyen MBSA di sini, semalam.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan MBSA turut menyediakan pelbagai aset dan kelengkapan sebagai persediaan berdepan Monsun Timur Laut.

“Antara aset dan kekuatan logistik dua sampan fiber, tiga bot berkelajuan tinggi, dua bot tambahan, jaket serta topi keledar keselamatan,” ujarnya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619