ad
BERITA UTAMA

136 usahawan terima RM2.4 juta geran peralatan, tingkat produktiviti niaga

11 Okt 2024, 12:00 PM
136 usahawan terima RM2.4 juta geran peralatan, tingkat produktiviti niaga
136 usahawan terima RM2.4 juta geran peralatan, tingkat produktiviti niaga
136 usahawan terima RM2.4 juta geran peralatan, tingkat produktiviti niaga

SHAH ALAM, 11 OKT : Seramai 136 usahawan dari sembilan daerah di negeri ini terpilih menerima Dana Usahawan Madani Selangor (DUMS) dengan peruntukan kewangan sebanyak RM2.4 juta.

EXCO keusahawanan berkata mereka antara ribuan pemohon yang disenarai pendek, berpeluang menerima peralatan bersesuaian dengan perniagaan mengikut had nilai maksimum RM30,000.

[caption id="attachment_667652" align="aligncenter" width="815"] EXCO Keusahawanan Mohd Najwan Halimi berucap pada majlis penyampaian Plak Dana Usahawan Madani Selangor 2024 di Dewan Jubli Perak, Shah Alam pada 11 Oktober 2024. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIA SELANGOR[/caption]

"Permohonan yang kita terima dari seluruh negeri sangat banyak hingga mencecah ribuan orang tetapi hari ini mereka antara yang kita kenal pasti dan disenarai pendek mengikut kriteria ditetapkan.

"Antara kriterianya adalah usahawan ini berpotensi mengembangkan lagi perniagaan mereka dan ada nilai tambah kepada kawasan setempat, sebagai contoh membantu jana ekonomi tempatan," kata Mohd Najwan Halimi.

Ditemui selepas merasmikan Majlis Penyampaian Plak DUMS di Dewan Jubli Perak di sini hari ini, Najwan berharap peruntukan inisiatif itu dapat ditambah pada tahun hadapan.

"Kita harap peruntukan DUMS ini ditambah kepada RM4 juta berbanding RM2 juta sebelum ini, mungkin dengan peningkatan ini kita boleh pelbagaikan program kepada usahawan.

"Sebagai contoh, selain memberi geran peralatan kita juga boleh anjurkan kursus untuk melatih usahawan ini pergi lebih jauh seperti bimbing mereka eksport produk ke luar atau sertai ekspo antarabangsa," katanya.

[caption id="attachment_667650" align="aligncenter" width="814"] EXCO Keusahawanan Mohd Najwan Halimi menyampaikan Plak Dana Usahawan Madani Selangor 2024 kepada Azharul Azmir Kamarulzaman di Dewan Jubli Perak, Shah Alam pada 11 Oktober 2024. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIA SELANGOR[/caption]

DUMS yang dijenamakan daripada Dana Usahawan Mikro Selangor mula diperkenal pada 2015 bertujuan membantu peniaga kecil negeri ini meningkatkan produktiviti operasi selain meringankan beban modal membeli peralatan perniagaan.

Sebelum ini Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari berkata RM20.06 juta dibelanjakan Kerajaan Negeri bagi membantu 1,029 usahawan mikro sehingga tahun lalu, sejak inisiatif itu diperkenalkan.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.