AGENDA

Polis tahan keldai akaun sindiket pelaburan bitcoin, mangsa rugi hampir RM130,000

9 Okt 2024, 1:30 AM
Polis tahan keldai akaun sindiket pelaburan bitcoin, mangsa rugi hampir RM130,000

BALIK PULAU, 9 OKT: Seorang lelaki yang dipercayai terlibat sebagai keldai akaun dalam sindiket penipuan pelaburan Bitcoin secara dalam talian ditahan polis semalam.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt Kamarul Rizal Jenal berkata suspek berusia 36 tahun itu ditahan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Daerah (BSJKD) Barat Daya untuk membantu siasatan berhubung kes penipuan yang mengakibatkan kerugian sebanyak RM129,970.

Katanya penahanan suspek adalah berikutan laporan seorang mangsa lelaki berusia 44 tahun di Bayan Baru, yang mendakwa ditipu sindiket pelaburan Bitcoin dengan janji keuntungan 200 peratus setahun tetapi tidak menerima pulangan.

"Mangsa telah melakukan beberapa transaksi secara dalam talian ke pelbagai akaun bank, termasuk akaun milik lelaki yang ditahan itu, sejak 11 Julai hingga 10 Ogos dengan jumlah keseluruhan mencapai RM129,970," kata Kamarul Rizal ketika dihubungi Bernama pagi ini.

Beliau berkata lelaki tersebut kini direman bagi membantu siasatan, dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

-- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619