AGENSI

Pesta buku Selangor kembali 27 November, sasar 300,000 pengunjung

8 Okt 2024, 1:06 PM
Pesta buku Selangor kembali 27 November, sasar 300,000 pengunjung
Pesta buku Selangor kembali 27 November, sasar 300,000 pengunjung
Pesta buku Selangor kembali 27 November, sasar 300,000 pengunjung

SHAH ALAM, 8 OKT: Pesta Buku Antarabangsa Selangor (SIBF) 2024 kembali membuka tirai pada 27 November sehingga 3 Disember ini di Pusat Konvensyen Setia City, di sini.

Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor Datin Paduka Mastura Muhamad berkata lebih 300,000 pengunjung disasar hadir sepanjang tujuh hari penganjuran.

Menurutnya, Sidang Kemuncak Pendidikan Selangor turut diadakan sepanjang SIBF bagi memperkasa agenda Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dan Sains, Matematik, Kejuruteraan dan Teknologi (STEM).

[caption id="attachment_617205" align="alignnone" width="842"] Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) Datin Paduka Mastura Muhamad ketika Pesta Buku Antarabangsa Selangor (SIBF) 2023 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada 5 Disember 2023. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI[/caption]

“SIBF kali ini turut melibatkan pempamer, penerbit, penulis, pemain industri buku daripada pelbagai negara luar seperti Indonesia, Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).

“China turut dijemput sertai SIBF tahun ini sebagai negara tamu hasil Memorandum Persefahaman (MoU) antara PPAS dan Festival Buku Utara China yang dimeterai pada 16 Ogos lalu,” katanya ketika dihubungi.

Mastura menambah pelbagai aktiviti menarik diadakan antaranya bual bicara dengan sasterawan negara, aktiviti mewarna, melukis, cabutan bertuah selain terdapat lebih 400 reruai.

SIBF julung kali dianjurkan pada 2022, merupakan kesinambungan daripada Pesta Buku Selangor yang dianjurkan selama 16 tahun sejak 2006.

Bermula tahun lalu, Kerajaan Negeri turut menganjur Pesta Buku Kanak-Kanak Selangor bertempat di Kompleks PKNS, melibatkan penyertaan penulis, penerbit dan penjual buku tempatan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619