PBT

MPAJ pasang 7,452 peranti lesen pintar di premis niaga sejak Jun lalu

8 Okt 2024, 6:30 AM
MPAJ pasang 7,452 peranti lesen pintar di premis niaga sejak Jun lalu
MPAJ pasang 7,452 peranti lesen pintar di premis niaga sejak Jun lalu

SHAH ALAM, 8 OKT: Sebanyak 7,452 peranti lesen pintar dipasang di premis perniagaan bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) sejak Jun lalu.

Pihak berkuasa tempatan (PBT) itu memaklumkan sejak pelaksanaan sistem pendigitilan itu, tiada lagi lesen fizikal dikeluarkan bagi permohonan baharu.

“Peranti lesen pintar yang dibangunkan bersama Syarikat Gates IT Solutions Sdn Bhd membantu Jabatan Pelesenan dan Pembangunan Usahawan serta penguatkuasa menyampaikan perkhidmatan yang lebih efisien dan cepat.

“Pegawai penguatkuasa yang bertugas boleh mengenal pasti pemegang lesen aktif atau tidak dalam masa nyata dalam aplikasi dengan radius berdekatan dan lebih pantas,” katanya menerusi kenyataan.

Menurut MPAJ, pengenalan lesen pintar itu juga bertujuan membendung kes pemalsuan, pertindihan dan kehilangan lesen.

"Peranti ini juga memudahkan urusan semakan maklumat lesen perniagaan, notifikasi lesen tamat tempoh dan saluran komunikasi antara PBT dengan pemilik premis perniagaan MPAJ.

“Data-data ini dipaparkan di papan pemuka peranti lesen pintar dalam bentuk carta statistik dan peta interaktif untuk memudahkan MPAJ membuat keputusan tepat dan cepat,” katanya.

Dalam pada itu, MPAJ memaklumkan pembaharuan lesen perniagaan boleh dibuat bermula 1 Oktober sehingga 31 Disember menerusi kaunter atau secara dalam talian.

Menurutnya, kaunter pembaharuan lesen kini dibuka di Galeri Aras 4, Menara MPAJ selain di Melawati Mall bermula 1 November sehingga akhir Disember depan.

“Pembaharuan lesen perniagaan juga boleh dilaksanakan secara dalam talian melalui Sistem ICOMM MPAJ dengan melayari icomm@mpaj.gov.my kecuali bagi lesen dinamik dan berisiko seperti Pusat Kecantikan dan Pusat Penjagaan Kesihatan,” katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619