AGENDA

Warga asing berkelakuan tidak senonoh di acara larian berdepan dakwaan

7 Okt 2024, 5:19 AM
Warga asing berkelakuan tidak senonoh di acara larian berdepan dakwaan

KOTA TINGGI, 7 OKT: Dua suspek warga asing kes berkelakuan tidak senonoh dan lucah ketika program Larian Antarabangsa Pan Asia 2024 yang ditahan Sabtu lepas akan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Ketua Polis Johor Datuk M Kumar berkata kedua-dua lelaki warga emas berusia 66 dan 70 tahun itu akan dituduh di bawah Seksyen 294 (a) Kanun Keseksaan.

"Kita telah selesai menjalankan siasatan berhubung kes penganjuran program Larian Pan Asia 2024 yang menyentuh sensitiviti agama dengan segelintir peserta berkelakuan tidak senonoh dan lucah di tempat awam di kawasan Desaru, Bandar Penawar di sini baru-baru ini.

"Susulan itu, kertas siasatan dirujuk ke Pejabat Pendakwaan negeri semalam dan kita menerima arahan untuk pertuduhan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, media melaporkan tiga lelaki termasuk dua warga asing ditahan bagi membantu siasatan berhubung insiden terbabit dan polis turut merampas pakaian serta aksesori mereka ketika larian itu.

-BERNAMA

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619