AGENDA

Lelaki rugi RM224,000 terpedaya skim pelaburan tidak wujud

5 Okt 2024, 2:53 AM
Lelaki rugi RM224,000 terpedaya skim pelaburan tidak wujud

JOHOR BAHRU, 5 OKT: Seorang lelaki warga tempatan berputih mata apabila kerugian RM224,000 setelah terperdaya dengan skim pelaburan tidak wujud yang diiklankan menerusi aplikasi WhastApp.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Yusof Othman berkata mangsa berusia 57 tahun itu mendakwa tertarik dengan skim pelaburan yang dikenali sebagai ‘Freezer’ yang menawarkan keuntungan lumayan.

Menurutnya mangsa telah melihat satu iklan skim pelaburan tersebut di applikasi WhatsApp pada Januari 2022, di mana pada mulanya dia ditawarkan untuk membeli tiga unit freezer yang berharga RM11,000.00 bagi setiap satu unit.

“Mangsa telah melaburkan wang sebanyak RM33,000.00 untuk membeli tiga unit freezer dan dijanjikan akan mendapat pulangan RM800.00 bagi setiap unit dalam tempoh 24 bulan.

“Selepas mangsa mendapat keuntungan pertama berjumlah RM85,600.00, mangsa telah membuat pelaburan penambahan secara berperingkat sehingga pelaburannya mencecah RM224,000.00.

“Mangsa yang mengunakan wang simpanan KWSP dan wang simpanan peribadinya menyedari ditipu apabila tidak menerima komisen pulangan hasil pelaburan seperti yang dijanjikan setiap bulan berjumlah RM22,400.00 bagi 28 unit freezer yang dilaburnya.

"Mangsa kemudian membuat laporan polis semalam (4 Okt) dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada masa sama, beliau mengingatkan orang ramai supaya tidak mudah terperdaya dengan tawaran pelaburan yang menjanjikan pulangan besar dalam tempoh singkat.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619