AGENDA

Hadiah hingga RM70,000 di kejohanan e-sukan Putrajaya Jumaat depan

4 Okt 2024, 3:06 PM
Hadiah hingga RM70,000 di kejohanan e-sukan Putrajaya Jumaat depan

KUALA LUMPUR, 4 OKT: Hadiah keseluruhan berjumlah RM70,000 menanti peserta Kejohanan Esports Hari Sukan Negara (HSN) yang akan berlangsung di Auditorium Tun Azizan Zainul Abidin, Presint 3, Putrajaya pada 11 hingga 13 Okt ini.

Presiden Persekutuan Sukan Elektronik Malaysia (MESF) Muhammad Naim Al Amin Saharudin berkata kejohanan itu akan menampilkan permainan Konami eFootball 2025 sebagai pertandingan utama yang melibatkan penyertaan 15 negeri dan Wilayah Persekutuan serta perlawanan futsal 5 sebelah berkonsepkan permainan sihat dalam acara e-sukan.

“MESF juga akan menampilkan pelbagai pertandingan permainan popular pada kejohanan kali ini seperti PUBG Mobile, Mobile Legends Bang Bang, Free Fire dan Tekken 8 bagi menarik lebih ramai golongan belia yang berminat dalam e-sukan untuk beramai-ramai menghadirkan diri ke Putrajaya bagi memeriahkan lagi kejohanan e-sukan dan juga HSN 2024 pada tahun ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Selain menyertai pertandingan yang dianjurkan, peminat-peminat e-sukan yang hadir ke kejohanan itu berpeluang bertemu barisan pemain profesional tempatan.

Selain itu, pelbagai aktiviti menarik menanti pengunjung antaranya pertandingan cosplay, permainan VR serta reruai jualan.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619