AGENDA

Selesaikan saman tertunggak sebelum layak mohon lesen B penuh

4 Okt 2024, 6:40 AM
Selesaikan saman tertunggak sebelum layak mohon lesen B penuh

KAJANG, 4 OKT: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menasihati orang ramai menyemak dan menyelesaikan saman tertunggak terlebih dahulu bagi melayakkan menyertai Program Khas Peralihan Lesen Memandu Malaysia (LMM) kelas B1 dan B2 kepada kelas B (motosikal berkuasa tinggi).

Ketua Pengarah JPJ Datuk Aedy Fadly Ramli berkata saman tertunggak JPJ dan polis perlu diselesaikan meskipun kelonggaran syarat diberikan untuk memohon program peralihan berkenaan.

"Orang awam yang mempunyai lesen kelas B2 selama 10 tahun dan ke atas serta tidak disenarai hitam ataupun mempunyai saman tertunggak layak untuk memohon.

"Tetapi jika mereka dapati tidak layak meskipun telah memenuhi kriteria 10 tahun ke atas, mereka perlu buat semakan dan menyelesaikan saman tertunggak dahulu," katanya ketika sidang media Operasi Khas Kenderaan di Batu Lima, Jalan Bangi Lama, Kajang hari ini.

Aedy berkata semakan kelayakan boleh dibuat di aplikasi MyJPJ, kaunter JPJ serta laman web JPJ.

Turut hadir pada operasi hari ini Pengarah Penguatkuasa JPJ Muhammad Kifli Ma Hassan dan Pengarah JPJ Selangor Azrin Borhan.

-BERNAMA

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619