AGENDA

Kementerian Pendidikan anjur program lahirkan generasi celik al-Quran

4 Okt 2024, 3:15 AM
Kementerian Pendidikan anjur program lahirkan generasi celik al-Quran

KUALA LUMPUR, 4 OKT: Penganjuran Mahrajan Al-Quran Sekolah-Sekolah (MQSS) Peringkat Kebangsaan Tahun 2024 antara inisiatif Kementerian Pendidikan (KPM) dalam merealisasikan usaha melahirkan generasi celik al-Quran.

Pengarah Bahagian Pendidikan Islam KPM Omar Salleh berkata MQSS satu daripada program dakwah dilaksanakan kementerian sebagai aktiviti pembangunan insaniah, modal insan kamil dan pengukuhan kemahiran al-Quran serta syiar Islam dalam bidang pendidikan.

Beliau berkata kemahiran yang ditonjolkan dalam MQSS iaitu pembudayaan al-Quran dan nilai murni bukan bersifat pertandingan atau persaingan mencari seorang juara namun harus digarap dalam kehidupan seharian, khususnya untuk meneguhkan sifat serta akhlak.

“Ia juga medan untuk warga pendidik dan murid berkongsi ilmu, memperkasakan kemahiran membaca serta menghayati ayat-ayat suci al-Quran. Diharapkan lebih ramai anak-anak yang menjadi penyambung generasi al-Quran,” katanya dalam kenyataan dikeluarkan KPM hari ini.

Omar berkata demikian dalam ucapannya ketika mewakili Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek pada Majlis Penutupan MQSS yang berlangsung di Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gopeng di Perak Isnin lepas.

Beliau turut mengucapkan tahniah atas pemilihan tema 'Adab Dan Nilai Menjana Karamah Insaniah' kerana bertepatan dengan saranan KPM yang terus-menerus menegaskan secara konsisten dan istiqamah tentang kepentingan akhlak.

Kenyataan KPM itu turut memaklumkan kontinjen Negeri Sembilan mendominasi tiga anugerah utama MQSS KPM 2024 dengan merangkul Johan Keseluruhan Sekolah Rendah, Johan Keseluruhan Sekolah Menengah dan Johan Keseluruhan MQSS Kebangsaan 2024.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619