AGENDA

211 penerbangan dibatalkan susulan Taufan Krathon landa selatan Taiwan

3 Okt 2024, 6:20 AM
211 penerbangan dibatalkan susulan Taufan Krathon landa selatan Taiwan

TAIPEI, 3 OKT: Sebanyak 211 penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Taoyuan Taiwan dibatalkan berikutan Taufan Krathon dijangka melanda selatan Taiwan pada tengah hari Khamis, lapor Agensi Berita Central News Agency (CNA), memetik pihak berkuasa lapangan terbang.

Sebanyak 85 penerbangan masuk, 88 penerbangan keluar, dan 38 penerbangan kargo dibatalkan setakat 8 pagi waktu tempatan, menurut Taoyuan International Airport Corp.

Pihak berkuasa juga mengingatkan para penumpang untuk menyemak status penerbangan mereka dengan syarikat penerbangan sebelum menuju ke lapangan terbang.

Setakat 10 pagi, Khamis, Krathon berada kira-kira 30 kilometer di barat daya Kaohsiung dan bergerak ke arah utara-timur laut pada kelajuan 8 kilometer sejam (km/j), menurut data Pentadbiran Cuaca Pusat (CWA).

Taufan itu membawa angin kencang dengan kelajuan maksimum 126 km/j, menurut data CWA.

-- BERNAMA-CNA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619