AGENDA

Kepala air: Lima termasuk kanak-kanak terperangkap diselamatkan 2 pagi tadi

3 Okt 2024, 3:05 AM
Kepala air: Lima termasuk kanak-kanak terperangkap diselamatkan 2 pagi tadi

KUALA LUMPUR, 3 OKT: Lima individu termasuk seorang kanak-kanak diselamatkan pihak bomba selepas terperangkap dalam kejadian kepala air di Kampung Batu 10, Lebuhraya Cheras-Kajang dekat sini semalam.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata pihaknya telah menerima panggilan kejadian berkenaan pada 9.05 malam tadi.

Beliau berkata sebuah jentera bersama enam pegawai dan anggota telah digerakkan dari Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Tun Hussein Onn ke lokasi kejadian.

“Komander operasi telah melaporkan seramai lima mangsa terdiri daripada tiga lelaki, seorang wanita dan seorang kanak-kanak lelaki terperangkap di seberang sungai akibat kepala air.

“Pasukan telah menggunakan teknik ‘melintas sungai’ untuk membantu kesemua mangsa menyeberangi sungai,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Kesemua mangsa yang tidak mengalami sebarang kecederaan berjaya diselamatkan pada 2 pagi.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619