PBT

Shah Alam sedia pelan rancakkan pelancongan, jadi bandar raya tumpuan ramai

2 Okt 2024, 6:55 AM
Shah Alam sedia pelan rancakkan pelancongan, jadi bandar raya tumpuan ramai
Shah Alam sedia pelan rancakkan pelancongan, jadi bandar raya tumpuan ramai
Shah Alam sedia pelan rancakkan pelancongan, jadi bandar raya tumpuan ramai

SHAH ALAM, 2 OKT: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) bakal menyediakan pelan tindakan pelancongan khusus kepada pemain industri dalam usaha merancakkan lagi sektor berkenaan di bandar raya ini.

Pemangku timbalan datuk bandar berkata pelan berkenaan akan menjadi rujukan kepada penggiat untuk merancang aktiviti sesuai sekali gus menaikkan pelancongan negeri.

Jelas Madiyan Baweh, inisiatif itu juga antara inisiatif pihaknya dalam menjayakan Tahun Melawat Selangor 2025 (TMS2025).

“Shah Alam merupakan antara bandar utama yang menjadi pilihan pelancong dalam atau luar negara. Bandar ini dijadikan transit atau persinggahan sementara kerana kedudukannya yang strategik berhampiran lebuh utama dan lapangan terbang utama negara.

“Dengan ada pelan ini, MBSA boleh membuat profil pelancongan. Bila sebut Shah Alam, kita tahu apa tarikan yang ada. Sekarang kita ada i-City, selebihnya pasar raya dan restoran mamak. Jadi wajar untuk kita ketengahkan lagi tarikan di sini,” kata Madiyen Baweh.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan majlis perbincangan kumpulan sasar, kajian penilaian dan pemprofilan destinasi pelancongan Shah Alam disertai kira-kira 100 peserta dari pelbagai agensi di sini hari ini.

[caption id="attachment_487267" align="aligncenter" width="748"] Orang ramai boleh menjalankan aktiviti riadah dan rekreasi di Zip Line Shah Alam disediakan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA). Foto MBSA[/caption]

Madiyan berkata pelan berkenaan dirangka berdasarkan kajian pemprofilan dan data berkaitan produk, aktiviti, perkhidmatan dan prospek pelancongan yang ada di bandar ini.

“Kajian pemprofilan ini membolehkan MBSA melaksanakan penambahbaikan selain mengemaskini keperluan pembangunan pelancongan.

"Idea dan data akan dikumpul Fakulti Hotel dan Pelancongan Universiti Teknologi Mara (UiTM) sebelum diumum tahun depan,” katanya.

Sempena TMS2025, Kerajaan Negeri melaksanakan pelbagai kerja termasuk pengiklanan, digital dan media sosial, penganjuran acara pelancongan, jerayawara dan pameran bagi tujuan promosi.

TMS2025 yang menawarkan lebih 60 program sepanjang tahun depan dijangka menarik lapan juta pelancong domestik dan antarabangsa dengan sasaran kutipan resit RM11.7 bilion.

[caption id="attachment_620806" align="aligncenter" width="744"] Antara tarikan yang terdapat di Waterworld @ i-City, Shah Alam. Foto Facebook Waterworld @ i-City[/caption]

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619