AGENDA

Gambar tular pekerja pam minyak terbaring sebab pengsan, bukan ditembak

22 Sep 2024, 2:43 PM
Gambar tular pekerja pam minyak terbaring sebab pengsan, bukan ditembak

IPOH, 22 SEPT: Penularan gambar memaparkan seorang pekerja pam minyak di Taiping terbaring dalam keadaan berlumuran darah adalah disebabkan masalah kesihatan, bukannya ditembak seperti dakwaan yang tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Taiping ACP Mohamad Nasir Ismail berkata pihaknya mengesan penularan gambar itu berserta komen "tukang pump minyak pun kena tembak mati lepas kena ragut" pada Jumaat lepas.

Beliau berkata pihak polis telah menjalankan siasatan dan mendapati pekerja wanita di stesen minyak Batu 2 ½, Simpang itu pengsan dan jatuh akibat masalah kesihatan.

"Kepala mangsa terhentak ke lantai dan mengalami kecederaan sehingga berdarah dan mangsa dibawa ke hospital untuk menerima rawatan," katanya dalam kenyataan malam ini.

Justeru itu, Mohamad Nasir meminta orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mendatangkan kegusaran awam dan menggugat keharmonian masyarakat.

Beliau juga berkata sebarang penyebaran maklumat yang tidak benar dan palsu adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998.

-- BERNAMA

 

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619