AGENDA

Jumlah mangsa banjir di Kedah menurun kepada 8,103 takat 8 malam

22 Sep 2024, 1:35 PM
Jumlah mangsa banjir di Kedah menurun kepada 8,103 takat 8 malam

KUALA LUMPUR, 22 SEPT: Jumlah mangsa banjir di Kedah terus berkurangan kepada 8,103 orang setakat 8 malam ini berbanding 8,394 orang pada petang tadi.

Menurut laporan Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat, kesemua mangsa banjir yang melibatkan 2,590 keluarga itu ditempatkan di 39 pusat pemindahan sementara (PPS) di lima daerah.

Daerah Kota Setar mencatatkan jumlah mangsa terbanyak iaitu 5,324 orang daripada 1,747 keluarga diikuti Pendang (1,548 orang daripada 466 keluarga), Kubang Pasu (671 orang daripada 217 keluarga), Pokok Sena (441 orang daripada 134 keluarga) dan Bandar Baharu seramai 119 orang daripada 26 keluarga.

Laman sesawang Public Infobanjir Jabatan Pengairan dan Saliran memaklumkan berlaku pertambahan satu lagi sungai yang berada pada paras bahaya, menjadikan tiga sungai di Kedah berada di paras bahaya setakat 8 malam ini.

Sungai itu adalah Sungai Kedah di Jambatan Lebuhraya, Sungai Anak Bukit di Taman Aman dan Sungai Anak Bukit di Jambatan TAR, Kota Setar.

Di PERAK, kenyataan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri memaklumkan jumlah mangsa banjir malam ini kekal 29 orang daripada tujuh keluarga.

Menurut sekretariat itu, kesemua mangsa dari Kampung Changkat Lobak itu masih ditempatkan di PPS Changkat Lobak di daerah Kerian.

Jabatan Pengairan dan Saliran pula memaklumkan Kolam Air Bukit Merah masih berada pada tahap berjaga-jaga dengan paras air setinggi 9.02 meter.

Menurut jabatan itu, Sungai Perak di Pasang Api, Bagan Datuk juga berada pada tahap berjaga-jaga dengan paras air setinggi 1.92 meter.

-- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619