AGENSI

Benteng pasir Pantai Sungai Kajang rebak susulan air pasang besar

21 Sep 2024, 12:06 PM
Benteng pasir Pantai Sungai Kajang rebak susulan air pasang besar

SHAH ALAM, 21 SEPT: Benteng pesisir pantai di Sungai Kajang, Tanjong Karang dekat sini rebak berikutan fenomena air pasang besar di sini pagi tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Bencana Banjir Daerah Kuala Selangor Mohd Raiz Radzuan berkata insiden pada 7.15 pagi itu menyebabkan limpahan air laut sehingga mengakibatkan sebahagian benteng penahan ombak sepanjang 1.5 kilometer yang dibina bermula Jun lepas, rebak.

"Keadaan masih terkawal walaupun benteng penahan hakisan rebak akibat fenomena air pasang besar. Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) juga sedang dalam proses membaik pulih ban tersebut,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata bagaimanapun keadaan itu tidak membabitkan sebarang perpindahan penduduk.

Mohd Raiz juga berkata projek pembinaan ban itu, yang dilaksanakan oleh JPS Selangor, membabitkan kos bernilai RM4.9 juta dan dijangka siap pada 2026.

-- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619