AGENDA

Polis serbu rangkaian perniagaan dipercayai ada kaitan GISBH di Rawang

21 Sep 2024, 4:43 AM
Polis serbu rangkaian perniagaan dipercayai ada kaitan GISBH di Rawang

KUALA LUMPUR, 21 SEPT: Polis Kontinjen Selangor menyerbu beberapa rangkaian perniagaan yang sebahagian besarnya dipercayai mempunyai kaitan dengan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) dalam satu operasi bersepadu di Bandar Country Homes, Rawang pagi tadi.

Serbuan yang bermula 6.30 pagi itu melibatkan kira-kira 200 anggota Polis Kontinjen Selangor dengan bantuan Pasukan Simpanan Persekutuan, serta dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Majlis Perbandaran Selayang (MPS).

Antara premis perniagaan yang diperiksa termasuk klinik, restoran, bengkel kereta, kedai pakaian terpakai, premis percetakan, pasar raya, kedai bakeri, pusat khidmat media, hotel, butik, galeri dan beberapa perniagaan lain yang menggunakan nama GISBH.

Berdasarkan tinjauan Bernama sewaktu operasi itu, sehingga 8.30 pagi, polis masih menjalankan pemeriksaan terhadap individu di kawasan tersebut, termasuk kanak-kanak.

Pada masa yang sama, pihak MPS dilihat sedang merobohkan beberapa struktur yang didirikan secara tidak sah, serta menyita premis-premis perniagaan tertentu.

Keseluruhan kawasan pusat perniagaan di Jalan Desa, Bandar Country Homes, ditutup sepanjang operasi berkenaan dijalankan.

-- BERNAMA

 

 

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619