BERITA UTAMA

Dari penjara ke Putrajaya, tempuhi getir perjuangan rakyat

21 Sep 2024, 3:00 AM
Dari penjara ke Putrajaya, tempuhi getir perjuangan rakyat
Dari penjara ke Putrajaya, tempuhi getir perjuangan rakyat
Dari penjara ke Putrajaya, tempuhi getir perjuangan rakyat
Dari penjara ke Putrajaya, tempuhi getir perjuangan rakyat
Dari penjara ke Putrajaya, tempuhi getir perjuangan rakyat
Dari penjara ke Putrajaya, tempuhi getir perjuangan rakyat
Dari penjara ke Putrajaya, tempuhi getir perjuangan rakyat
Dari penjara ke Putrajaya, tempuhi getir perjuangan rakyat
Dari penjara ke Putrajaya, tempuhi getir perjuangan rakyat

SHAH ALAM, 21 SEPT: Program Himpunan Keadilan Suara Rakyat Suara Keramat menghimpunkan pimpinan dan ribuan penyokong Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) di Stadium Axiata Bukit Jalil, di sini malam tadi.

Beberapa pemimpin berkongsi sejarah dan memori mereka dalam gerakan reformasi sepanjang 26 tahun selepas pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai timbalan perdana menteri atas dakwaan salah guna kuasa dan salah laku seksual pada September 1998.

Presiden KEADILAN itu dijatuhi hukuman penjara enam tahun pada April 1999 dan dibebaskan pada September 2004 namun beliau sekali lagi dihukum penjara lima tahun pada 7 Mac 2014.

Gerakan reformasi yang bermula pada September 1998 melalui perjalanan getir dan penuh ranjau akhirnya membuahkan hasil apabila parti itu mencapai kejayaan termasuk kemenangan Pakatan Rakyat di lima negeri pada pilihan raya umum (PRU) 2008.

Episod 20 tahun Anwar keluar-masuk penjara berakhir selepas diberi pengampunan penuh oleh Yang di-Pertuan Agong ke-15, Sultan Muhammad V pada 16 Mei 2018 dan beliau akhirnya dilantik sebagai perdana menteri ke-10 pada 24 November 2023.

[caption id="attachment_664301" align="alignnone" width="785"] Perdana Menteri dan Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap ketika Himpunan Keadilan Suara Rakyat Suara Keramat di Stadium Axiata Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 20 September 2024. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]

[caption id="attachment_664315" align="alignnone" width="733"] Persembahan kumpulan muzik Bunkface ketika Himpunan Keadilan Suara Rakyat Suara Keramat di Stadium Axiata Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 20 September 2024. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]

[caption id="attachment_664311" align="alignnone" width="840"] Penyokong ketika Himpunan Keadilan Suara Rakyat Suara Keramat di Stadium Axiata Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 20 September 2024. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]

[caption id="attachment_664313" align="alignnone" width="794"] Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berucap ketika Himpunan Keadilan Suara Rakyat Suara Keramat di Stadium Axiata Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 20 September 2024. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]

[caption id="attachment_664312" align="alignnone" width="860"] Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari bersama penyokong ketika Himpunan Keadilan Suara Rakyat Suara Keramat di Stadium Axiata Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 20 September 2024. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]

[caption id="attachment_664314" align="alignnone" width="880"] Persembahan perhimpunan Bersih ketika Himpunan Keadilan Suara Rakyat Suara Keramat di Stadium Axiata Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 20 September 2024. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]

[caption id="attachment_664316" align="alignnone" width="856"] Ketua Penerangan KEADILAN Fahmi Fadzil berucap ketika Himpunan Keadilan Suara Rakyat Suara Keramat di Stadium Axiata Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 20 September 2024. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]

[caption id="attachment_664279" align="alignnone" width="920"] Sebahagian daripada ribuan penyokong Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) ketika Himpunan Keadilan Suara Rakyat Suara Keramat di Stadium Axiata Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 20 September 2024. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619