AGENDA

Laungan reformasi bergema di Stadium Axiata, imbau sejarah perjuangan KEADILAN

20 Sep 2024, 3:51 PM
Laungan reformasi bergema di Stadium Axiata, imbau sejarah perjuangan KEADILAN
Laungan reformasi bergema di Stadium Axiata, imbau sejarah perjuangan KEADILAN
Laungan reformasi bergema di Stadium Axiata, imbau sejarah perjuangan KEADILAN

KUALA LUMPUR, 20 APRIL: Laungan reformasi daripafa ribuan penyokong Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) sempena Himpunan Keadilan Suara Rakyat Suara Keramat bergema di Stadium Axiata Bukit Jalil di sini, malam ini.

Himpunan yang menelusuri sejarah perjuangan KEADILAN pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim turut disertai kumpulan Otai Reformasi yang setia menyokong perjuangan parti itu dari awal.

Program yang membuka tirainya sejak 6 petang itu dimulakan dengan solat Maghrib berjemaah disusuli bacaan tahlil serta persembahan kumpulan nasyid Nowseeheart dengan lagu Damai Yang Hilang.

[caption id="attachment_664279" align="aligncenter" width="812"] Sebahagian daripada ribuan penyokong Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) ketika Himpunan KEADILAN Suara Rakyat Suara Keramat di Stadium Axiata Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 20 September 2024. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]

Himpunan kemudian menampilkan beberapa tokoh parti dan individu tertentu untuk berkongsi pengalaman serta mengimbau pengorbanan mereka dalam membantu perjuangan KEADILAN.

Antaranya Naib Presiden KEADILAN Dato’ Seri Amirudin Shari, Setiusaha Agongnya Fuziah Salleh dan Ketua Penerangan Fahmi Fadzil dan Setiausaha Politik Perdana Menteri Dato’ Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin.

[caption id="attachment_664277" align="aligncenter" width="814"] Penyokong Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) melekatkan nota di papan putih 'Warkah Untuk Anwar Ibrahim' ketika Himpunan KEADILAN Suara Rakyat Suara Keramat di Stadium Axiata Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 20 September 2024. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]

Sebelum ini, bekas Setiausaha Agung KEADILAN Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata tarikh 20 September dipilih bagi memperingati detik bermula gerakan reformasi 1998 yang bertempat di Dataran Merdeka.

Ketika itu gerakan berjaya menghimpunkan seluruh rakyat dari segenap pelusuk negara sehingga tertubuhnya parti politik baharu, Parti Keadilan Nasional pada April 1999 dan kini teguh sebagai KEADILAN.

Tarikh 20 September juga dianggap detik hitam apabila pada malam itu Anwar ditahan di kediamannya di Bukit Damansara dan dipukul dalam lokap polis, yang menjadi pencetus gelombang kebangkitan rakyat menuju pilihan raya umum 1999.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619