AGENSI

MAHA: Pengunjung teruja temui aneka produk unik di Pavilion Selangor

20 Sep 2024, 1:30 PM
MAHA: Pengunjung teruja temui aneka produk unik di Pavilion Selangor
MAHA: Pengunjung teruja temui aneka produk unik di Pavilion Selangor
MAHA: Pengunjung teruja temui aneka produk unik di Pavilion Selangor
MAHA: Pengunjung teruja temui aneka produk unik di Pavilion Selangor
MAHA: Pengunjung teruja temui aneka produk unik di Pavilion Selangor
MAHA: Pengunjung teruja temui aneka produk unik di Pavilion Selangor
MAHA: Pengunjung teruja temui aneka produk unik di Pavilion Selangor

SUBANG JAYA, 20 SEPT: Pengunjung Pavilion Selangor di Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) berpeluang melihat pelbagai produk unik.

Jurugambar Atheelia Mohd Yatim, 34, berkata antara produk yang menarik minatnya adalah pokok vanila di reruai Meme Vanilla Farm.

[caption id="attachment_664237" align="aligncenter" width="756"] Jurugambar Atheelia Mohd Yatim, 34,[/caption]

“Selama ini saya ingat vanila tidak boleh ditanam di Malaysia. Hari ini boleh pegang dan lihat sendiri buah vanila selain tahu bagaimana rupa pokok vanila.

“Berbaloi saya datang dari Melaka. Pavilionm setiap negeri ada keistimewaan dan Pavilion Selangor saya tertarik dengan tanaman vanila” katanya ditemui di Pameran MAHA 2024 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (Maeps), di sini.

Sementara itu, pelajar Muhammad Hafidzi Hamim, 20, berkata kunjungan ke Pavilion Selangor berbaloi apabila dapat mengetahui pelbagai jenis produk pertanian dan makanan keluaran usahawan Selangor.

[caption id="attachment_664238" align="aligncenter" width="815"] Muhammad Hafidzi Hamim, 20,[/caption]

“Ada udang kara yang diternak menggunakan teknologi terkini, pelbagai jenis makanan termasuklah sate kebab dan ikan gourami salah satu spesis ikan kaloi turut dijual di sini.

“Banyak benda saya belajar sepanjang kunjungan ke sini sebab di setiap kawasan pameran seperti kelulut dan binatang lain ada diletakkan info untuk bacaan pengunjung,” katanya.

[caption id="attachment_664230" align="aligncenter" width="803"] Pengunjung bergambar di Pavilion Selangor sempena Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2024 di Maeps, Serdang pada 20 September 2024. Foto ELYANA NATASHA MOHD ZAIDI/ MEDIA SELANGOR[/caption]

Bertemakan ‘Menuai Harapan, Membina Masa Hadapan’, pameran pertanian terbesar di Asia Tenggara itu menyediakan lebih 2,000 ruang jualan dan dibuka mulai jam 10 pagi hingga 10 malam dari 11 September hingga Ahad ini di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (Maeps).

[caption id="attachment_664215" align="aligncenter" width="812"] Pengunjung tidak melepaskan peluang memancing udang kara ketika berkunjungi di Pavilion Selangor sempena Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2024 di Maeps, Serdang pada 20 September 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR[/caption]

Sebelum ini EXCO Pertanian Ir Izham Hashim berkata pelbagai produk pertanian moden dan bernilai tinggi ditampilkan dalam Pavilion Selangor sempena MAHA 2024.

Katanya antara produk tumpuan termasuk Vanilla Planifolia, sejenis tanaman orkid yang mempunyai nilai komersial tinggi, ikan Gourami (ikan air tawar spesies kaloi), jagung bijirin berkualiti tinggi, melon Selangor, kelapa dan nanas serta produk agropelancongan.

[caption id="attachment_664214" align="aligncenter" width="788"] Pelbagai jenis haiwan dipamerkan di Pavilion Selangor sempena Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2024 di Maeps, Serdang pada 20 September 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR[/caption]

[caption id="attachment_664233" align="aligncenter" width="811"] Pengunjung melihat tanaman jagung bijirin di Pavilion Selangor sempena Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2024 di Maeps, Serdang pada 20 September 2024. Foto ELYANA NATASHA MOHD ZAIDI/ MEDIA SELANGOR[/caption]

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619