ad
AGENDA

PM terima kunjungan Selangor Red Giants, bincang pembangunan e-sukan

20 Sep 2024, 11:01 AM
PM terima kunjungan Selangor Red Giants, bincang pembangunan e-sukan
PM terima kunjungan Selangor Red Giants, bincang pembangunan e-sukan
PM terima kunjungan Selangor Red Giants, bincang pembangunan e-sukan
PM terima kunjungan Selangor Red Giants, bincang pembangunan e-sukan

SHAH ALAM, 20 SEPT: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat daripada pasukan e-sukan Selangor Red Giants (SRG) di pejabatnya di Putrajaya hari ini.

Menerusi perkongsian di laman X, Anwar menzahirkan ucapan tahniah kepada pasukan berkenaan atas usaha gigih sehingga mencipta sejarah memenangi kejohanan dunia di Riyadh, Julai lalu.

"Saya zahirkan ucapan tahniah atas usaha gigih pasukan hingga membuahkan kejayaan yang menjadi kebanggaan buat pasukan dan Selangor, serta melambangkan potensi anak muda Malaysia di pentas e-sukan antarabangsa," tulisnya.

Anwar menambah, pentadbirannya sentiasa menyokong pembangunan industri e-sukan dan menantikan kemunculan lebih banyak pasukan yang mampu bersaing hebat serta meraih pengiktirafan dunia.

"Semoga Malaysia dan SRG dapat melakar sejarah sekali lagi di Kejohanan Dunia Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 yang bakal berlangsung di Axiata Arena pada akhir tahun ini, Insya-Allah," katanya.

[caption id="attachment_664244" align="aligncenter" width="815"] Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat daripada pasukan e-Sukan Selangor Red Giants (SRG) di pejabatnya di Purtajaya pada 20 September 2024. Pertemuan itu turut dihadiri Menteri Sukan Hannah Yeoh, Timbalannya Adam Adli Abd Halim, EXCO Sukan Najwan Halimi dan Pengurus SRG Simon Lim. Foto Facebook Anwar Ibrahim[/caption]

Pertemuan bagi membincangkan peluang membangunkan ekosistem e-sukan dengan sokongan penuh dari Kerajaan Persekutuan turut dihadiri Menteri Sukan Hannah Yeoh dan Timbalannya Adam Adli Abd Halim.

Hadir sama EXCO Sukan Najwan Halimi dan Pengurus SRG Simon Lim.

[caption id="attachment_664243" align="aligncenter" width="812"] Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim beramah mesra bersama Pengurus Selangor Red Giants (SRG) Simon Lim (kanan) dan ahli pasukan SRG ketika kunjungan mereka di pejabat perdana menteri di Putrajaya pada 20 September 2024. Foto Facebook Anwar Ibrahim[/caption]

Julai lalu, SRG menamatkan kemarau tujuh tahun Malaysia untuk menjuarai aksi antarabangsa e-sukan selepas menumbangkan Filipina Falcons AP Bren Sport 4-3 di kejohanan Mid Season Cup MLBB.

Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah menyifatkan kemenangan pasukan SRG dalam kejohanan MLBB di Arab Saudi sebagai kejayaan luar biasa dan pencapaian bersejarah.

[caption id="attachment_652312" align="aligncenter" width="811"] Selangor Red Giants meraikan kemenangan selepas muncul juara kejohanan Mid Season Cup Mobile Legend Bang Bang (MLBB) 2024 di Riyadh, Arab Saudi pada 14 Julai 2024. Foto Facebook Esports World Cup[/caption]

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.