PBT

MBDK laksana 18 operasi pemeriksaan kilang di Teluk Gong, keluar 27 kompaun

18 Sep 2024, 3:35 AM
MBDK laksana 18 operasi pemeriksaan kilang di Teluk Gong, keluar 27 kompaun
MBDK laksana 18 operasi pemeriksaan kilang di Teluk Gong, keluar 27 kompaun
MBDK laksana 18 operasi pemeriksaan kilang di Teluk Gong, keluar 27 kompaun

SHAH ALAM, 18 SEPT: Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) menafikan dakwaan tiada tindakan diambil terhadap kilang-kilang di sekitar Teluk Gong, Klang.

Pengarah jabatan komunikasi korporatnya berkata sebanyak 18 operasi pemeriksaan dijalankan sepanjang tahun ini di kawasan tersebut oleh Jabatan Pelesenan bersama Jabatan Penguatkuasa MBDK.

Menurut Norfiza Mahfiz, sebanyak 27 kompaun dikeluarkan kepada pengilang membabitkan pelbagai kesalahan termasuk beroperasi tanpa lesen serta pencemaran saliran dan udara.

“MBDK sentiasa melakukan pemantauan bagi memastikan kawasan Teluk Gong mematuhi peraturan ditetapkan. Berdasarkan statistik, terdapat 274 kilang berlesen di Telok Gong. Daripada jumlah itu, 47 kilang berkaitan plastik yang mana tiga kilang plastik memiliki Permit Import (AP),” katanya kepada Selangorkini.

[caption id="attachment_663810" align="aligncenter" width="699"] Pegawai penguat kuasa Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) menjalankan 18 pemeriksaan kilang di sekitar Teluk Gong, Klang sepanjang tahun ini. Foto MBDK[/caption]

Beliau mengulas laporan akhbar bahasa Melayu pada Ahad lalu, yang mendakwa Teluk Gong berdepan pencemaran akibat puluhan kilang memproses sisa industri yang dipercayai beroperasi secara haram.

Tambah Norfiza, MBDK turut bekerjasama dengan Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dalam melaksanakan kerja penguatkuasaan sekitar Teluk Gong.

“Dakwaan penduduk dan pihak pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bahawa MBDK tidak membuat pemantauan dan pemeriksaan di Teluk Gong adalah tidak benar sama sekali,” katanya.

[caption id="attachment_663819" align="aligncenter" width="702"] Pegawai penguat kuasa Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) menjalankan 18 pemeriksaan kilang di sekitar Teluk Gong, Klang sepanjang tahun ini. Foto MBDK[/caption]

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619