AGENDA

34 cedera bas persiaran dua tingkat terbabas

16 Sep 2024, 3:11 AM
34 cedera bas persiaran dua tingkat terbabas

IPOH, 16 SEPT: Seramai 34 penumpang termasuk pemandu cedera apabila bas persiaran dua tingkat dinaiki mereka hilang kawalan lalu melanggar pembahagi jalan di Kilometer 273.5 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan dekat sini, awal pagi ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian pada 1.10 pagi dan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ipoh dengan bantuan Simpang Pulai, Meru Raya dan Tambun dikerah ke lokasi kejadian.

"Tiga mangsa di tingkat bawah parah kerana tersepit antara kerusi penumpang manakala 30 lagi yang berada di tingkat atas bas hanya cedera ringan dan berjaya keluar sendiri," katanya dalam kenyataan hari ini.

Sabarodzi berkata bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit dengan menarik pelaras kerusi sebelum membawa keluar mangsa dengan menggunakan pengusung.

Beliau berkata ketiga-tiga mangsa dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk rawatan lanjut, manakala 31 yang lain diberikan rawatan awal oleh petugas Kementerian Kesihatan (KKM) di lokasi kejadian.

Operasi menyelamat tamat sepenuhnya pada 2.45 pagi.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619