AGENDA

Kepala air di Air Terjun Gunung Ledang, bomba selamat 60 pengunjung terperangkap

15 Sep 2024, 12:32 PM
Kepala air di Air Terjun Gunung Ledang, bomba selamat 60 pengunjung terperangkap

TANGKAK, 15 SEPT: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menyelamatkan 60 pengunjung terperangkap dalam kejadian kepala air ketika beriadah di Air Terjun Gunung Ledang di sini hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tangkak Penolong Penguasa Bomba Rafiah Aziz berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian yang melibatkan kesemua pekerja kilang itu pada 12.51 tengah hari.

Beliau berkata sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT), sebuah Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (EMRS) dan sebuah pacuan empat roda Toyota Hilux dengan kekuatan sembilan anggota digegaskan ke lokasi kejadian.

“Setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) mendapati seramai 60 individu terkandas akibat aliran deras air dari puncak Gunung Ledang akibat hujan lebat.

“Susulan itu, PKO bertindak membawa kesemua mangsa menyeberangi sungai menggunakan tali dengan selamat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya operasi ditamatkan sepenuhnya pada 3.18 petang.

-- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619