ad
AGENDA

Pearly-Thinaah juara terbuka Hong Kong 2024

15 Sep 2024, 7:47 AM
Pearly-Thinaah juara terbuka Hong Kong 2024

KUALA LUMPUR, 15 SEPT: Beregu wanita utama negara Pearly Tan-M Thinaah hanya memerlukan 38 minit sebelum mengesahkan gelaran juara Terbuka Hong Kong 2024 di Hong Kong Coliseum, Kowloon, hari ini.

Ia merupakan kejuaraan pertama gandingan negara pada musim ini, selepas mengecewakan pasangan di ranking ketiga dunia Liu Sheng Shu-Tan Ning dari China 21-14, 21-14.

Pada aksi final, Pearly-Thinaah yang menghuni ranking kelapan dunia turun dengan corak permainan lebih agresif hingga lawan mereka nampak buntu dan melakukan banyak kesilapan mudah.

Kejayaan ini sekali gus menamatkan kemarau kemenangan pasangan negara di Jelajah Dunia Persekutuan Badminton Dunia (BWF) yang kali terakhir diperoleh dua tahun lepas.

Untuk rekod, kali terakhir Pearly-Thinaah meraih gelaran juara ialah pada Terbuka Perancis 2022.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.