AGENSI

Raja Muda sertai 150 sukarelawan bersihkan Sungai Klang, kutip 700kg sampah

14 Sep 2024, 2:44 PM
Raja Muda sertai 150 sukarelawan bersihkan Sungai Klang, kutip 700kg sampah
Raja Muda sertai 150 sukarelawan bersihkan Sungai Klang, kutip 700kg sampah

SHAH ALAM, 14 SEPT: Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor hari ini berkenan mencemar duli menyertai program Projek Pembersihan Sungai Klang anjuran Putra Business School (PBS) di Royal Selangor Yacht Club (RSYC), Klang.

Tengku Amir Shah diiringi EXCO Belia Najwan Halimi dan Presiden PBS Profesor Dr Azmawani Abd Rahman membantu 150 sukaralewan termasuk barisan pengurusan serta mahasiswa PBS membersihkan sungai berkenaan.

Menurut Selangor Royal Office di Facebook, sejumlah 700kg sampah dikutip sepanjang lebih tiga jam program yang menumpukan kerja pembersihan di tebing dan kawasan perairan.

"Baginda selaku Canselor PBS menyokong usaha pembersihan Sungai Klang dan berharap usaha itu mendorong kepada orang ramai untuk bersama-sama menjaga alam sekitar.

"Program ini merupakan permulaan kepada PBS untuk memberi kesedaran kepentingan penjagaan sungai dan penjagaan alam," tulisnya.

[caption id="attachment_663340" align="aligncenter" width="809"] Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah yang diiringi EXCO Belia Najwan Halimi berkenaan bergambar bersama 150 sukaralewan program Projek Pembersihan Sungai Klang anjuran Putra Business School di Royal Selangor Yacht Club, Klang pada 14 September 2024. Foto Facebook Selangor Royal Office[/caption]

Sementara itu, Najwan menerusi laman X berkata pihaknya sentiasa mendukung program menjaga alam sekitar dengan penglibatan masyarakat.

"Kerajaan Negeri amat mengalu-alukan inisiatif seumpama ini yang bukan sahaja dapat membantu memulihara kelestarian Sungai Klang tetapi turut menyemarakkan semangat kesukarelawanan dalam kalangan masyarakat khususnya belia," katanya.

Projek Pembersihan Sungai Klang merupakan inisiatif tanggungjawab sosial korporat PBS bersama RSYC, Raja Muda Selangor International Regatta, Putra Student Association dan Cuci Malaysia.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619