AGENDA

Terbuka Hong Kong: Pearly-Thinaah beraksi di perlawanan akhir esok

14 Sep 2024, 4:41 AM
Terbuka Hong Kong: Pearly-Thinaah beraksi di perlawanan akhir esok

KUALA LUMPUR, 14 SEPT: Beregu wanita negara Pearly Tan-M Thinaah dipaksa bermandi peluh selama lebih satu jam sebelum mengesahkan tempat ke perlawanan akhir Terbuka Hong Kong 2024 berlangsung di Hong Kong Coliseum, Kowloon, hari ini.

Pada aksi separuh akhir, gandingan kelapan dunia itu menang set pertama 22-20, bagaimanapun tidak mengekalkan momentum kemenangan apabila tewas set kedua kepada pasangan Korea Selatan Baek Ha Na-Lee So Hee yang juga pasangan kedua dunia 17-21.

Tersentak dari kekalahan itu, Pearly-Thinaah bangkit dari ketinggalan menyamakan kedudukan 10-10, sebelum terus konsisten sehingga mata kemenangan 21-15.

Ini merupakan kemenangan ketiga pasangan negara ke atas beregu Korea Selatan.

Pearly-Thinaah akan membuat perhitungan juara Terbuka Hong Kong esok, berdepan sama ada pilihan kedua Liu Sheng Shu-Tan Ning dari China atau Kim So Yeong-Kong Hee Yong dari Korea Selatan, dalam satu lagi aksi separuh akhir.

-- BERNAMA

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619