AGENSI

Ekspo Usahawan Selangor sasar transaksi jualan RM2 juta, tarik 45,000 pengunjung

13 Sep 2024, 2:00 AM
Ekspo Usahawan Selangor sasar transaksi jualan RM2 juta, tarik 45,000 pengunjung
Ekspo Usahawan Selangor sasar transaksi jualan RM2 juta, tarik 45,000 pengunjung
Ekspo Usahawan Selangor sasar transaksi jualan RM2 juta, tarik 45,000 pengunjung

Oleh Aida Mohamed Nyan

SHAH ALAM, 13 SEPT: Ekspo Usahawan Selangor (SELBIZ 2024) anjuran Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) sepanjang tiga hari mulai 4 Oktober menyasarkan transaksi jualan RM2 juta.

Pengurus Pembangunan Usahawan PKNS Yuzawati Yusof optimis sasaran itu mampu dicapai dengan penglibatan lebih 200 pempamer daripada pelbagai industri yang dijangka menarik 45,000 pengunjung.

"Kita menyasarkan meraih transaksi jualan RM2 juta dengan kekuatan vendor dan pempamer yang ada termasuk dari Indonesia," katanya dalam program bual bicara Hai Selangor terbitan SelangorTV, semalam.

Bertemakan 'Melangkah lebih jauh', Yuzawati juga yakin SELBIZ 2024 dapat meluaskan lagi pasaran perniagaan usahawan terlibat seterusnya menyumbang kepada ekonomi negeri.

"SELBIZ 2024 berhasrat menjadi platform terbaik kepada semua usahawan dalam mempromosikan produk dan perniagaan mereka kepada masyarakat di bawah satu bumbung dan meningkatkan jaringan perniagaan samada melalui kaedah peniagaan kepada pelanggan atau perniagaan kepada peniagaan.

"Diharap SELBIZ 2024 juga memberikan kepuasan berganda kepada semua usahawan dan pengunjung," katanya.

Menurut Yuzawati, Selbiz kali ini menyediakan pelbagai aktiviti menarik buat pengunjung antaranya pemeriksaan kesihatan percuma, sesi ramah mesra bersama pemain Selangor FC, persembahan silap mata, zoo mini dan pertandingan papan luncur.

Pengunjung juga berpeluang menyaksikan persembahan artis popular antaranya Hael Husaini, Syamel, Akim Majistret, Sarah Suhairi dan 6ixth Sense.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619