NASIONAL

Isu Laut China Selatan perlu ditangani melalui Asean, kata menteri

12 Sep 2024, 3:15 PM
Isu Laut China Selatan perlu ditangani melalui Asean, kata menteri

JINJU, 12 SEPT: Sebarang isu berkaitan Laut China Selatan perlu ditangani secara berterusan menerusi Asean, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Beliau berkata tiada isu jika kapal asing melalui Laut China Selatan kerana ia adalah laluan bebas namun isu akan timbul jika kapal asing terbabit berhenti di kawasan perairan ini.

"Kehadiran mana-mana kapal asing di Laut China Selatan tidak seharusnya dianggap sebagai satu pencerbohan kerana kawasan perairan itu adalah laluan bebas. Namun jika kita menganggapnya sebagai satu bentuk pencerobohan, kita akan mengeluarkan nota bantahan berhubung kehadiran kapal terbabit kepada negara yang berkenaan termasuk China,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja ke Korea Aerospace Industries (KAI) di sini hari ini.

Media antarabangsa melaporkan China telah meningkatkan kehadiran pasukan ketenteraan dan pengawal pantainya di Laut China Selatan sejak awal tahun ini.

Ini telah menyebabkan beberapa insiden konfrontasi antara pengawal pantai China dan Filipina sekali gus meningkatkan lagi ketegangan di kawasan perairan yang menjadi pertikaian itu dengan insiden terbaharu pada 31 Ogos lepas.

Mohamed Khaled juga berkata jika terdapat sebarang aktiviti di luar kebiasaan, Malaysia akan bertindak mengikut amalan dan norma antarabangsa.

“Justeru itu, saya menggesa rakyat Malaysia agar tidak begitu gusar dengan isu ini dan menaruh penuh keyakinan terhadap kemampuan pasukan keselamatan negara untuk melindungi kawasan perairan ini,” katanya.

-BERNAMA

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619