BERITA UTAMA

EXCO: Seragam syarat daftar taska, saring mental pengasuh

12 Sep 2024, 1:00 PM
EXCO: Seragam syarat daftar taska, saring mental pengasuh
EXCO: Seragam syarat daftar taska, saring mental pengasuh

SHAH ALAM, 12 SEPT: Syarat pendaftaran taman asuhan kanak-kanak (taska) akan diseragam dan diselaras bagi memudahkan kelulusan bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

EXCO Kebajikan Masyarakat Anfaal Saari berkata tindakan akan dibuat jawatankuasa khas yang ditubuhkan Ogos lalu, untuk memastikan kelancaran pendaftaran terutama berkait isu teknikal.

"Kuasa pemutihan dan penguatkuasaan akta ada pada JKM, bukan bawah Kerajaan Negeri. Pun begitu, Selangor akan cuba memudahkan pendaftaran taska dan pusat jagaan kanak-kanak ini.

"Kita akan kaji, seragam dan selaraskan syarat pendaftaran khasnya daripada agensi teknikal menerusi jawatankuasa khas. Bukan untuk mendaftarkan taska," katanya ketika dihubungi.

[caption id="attachment_660565" align="alignleft" width="423"] Wawancara EXCO Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat Anfaal Saari di pejabatnya di Bangunan Sultan Salahudiin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada 28 Ogos 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR[/caption]

Jelasnya lagi, proses pendaftaran taska mengambil masa sekitar enam bulan jika pengusaha menepati syarat dan melengkapkan dokumen yang ditentukan JKM.

Dalam perkembangan sama, Anfaal berkata pihaknya juga akan berbincang dengan JKM untuk membuat saringan mental dan semakan latar belakang pengasuh di taska demi keselamatan kanak-kanak.

"Selain memastikan pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) di taska, pihak JKM juga akan buat pemantauan setiap enam bulan bagi operasi taska berdaftar untuk pencegahan,” katanya.

Dalam temu bual bersama SelangorTV sebelum ini, Ketua Penolong Pengarah JKM Selangor Roziah Osman memberitahu sebanyak 226 taska di negeri ini belum berdaftar bawah jabatan itu.

Bagi mengatasi perkara itu, beliau berkata program kesedaran giat dijalankan bagi memastikan pengusaha terlibat mengambil tindakan susulan untuk mengelak perkara tidak diingini.

Sebelum ini, tular isu kecuaian, pengabaian dan penderaan bayi serta kanak-kanak oleh pengasuh di taska dan pusat jagaan hingga ada yang meragut nyawa.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619