AGENDA

Tiga cedera diserang memerang ketika berjoging

11 Sep 2024, 3:34 PM
Tiga cedera diserang memerang ketika berjoging

KOTA KINABALU, 11 SEPT: Dua wanita masing-masing berusia 40 dan 54 tahun serta seorang lelaki berumur 56 tahun cedera selepas diserang sekumpulan memerang ketika melakukan aktiviti rekreasi di Tanjung Aru Perdana Park di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu ACP Kasim Muda berkata polis menerima maklumat dalam kejadian 6.40 pagi tadi individu terbabit yang sedang berjoging diserang sekumpulan memerang dari arah belakang.

"Susulan serangan tersebut, ketiga-tiga mangsa cedera di bahagian kaki, tangan dan kepala akibat gigitan dan cakaran.

"Bagaimanapun, polis masih belum menerima sebarang laporan berkaitan kes tersebut," katanya dalam kenyataan di sini malam ini.

Sementara itu, Datuk Bandaraya Kota Kinabalu Datuk Seri Dr Sabin Samitah berkata Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) mengeluarkan notis pemakluman kepada pengusaha taman rekreasi tersebut agar menutup operasi serta-merta susulan insiden tersebut.

Beliau berkata langkah penutupan ini diambil bagi menjamin keselamatan pengunjung dan memberi laluan kepada pihak DBKK dengan kerjasama agensi berkaitan untuk menjalankan siasatan lanjut.

"DBKK memandang serius insiden ini dan bertindak segera mengarahkan penutupan taman itu bagi mengelakkan sebarang insiden lain tidak diingini. Orang ramai dinasihatkan mematuhi arahan penutupan ini bagi memastikan keselamatan bersama," katanya menerusi kenyataan berasingan.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619