AGENDA

Bayi 30 hari maut selepas diberi susu di pusat jagaan berpantang

11 Sep 2024, 12:02 AM
Bayi 30 hari maut selepas diberi susu di pusat jagaan berpantang

KOTA BHARU, 11 SEPT: Bayi lelaki berusia 30 hari meninggal dunia selepas didapati tidak sedarkan diri setelah diberikan susu oleh jururawat yang ditugaskan menjaga bayi tersebut di sebuah pusat jagaan berpantang di sini awal pagi kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu ACP Mohd Rosdi Daud berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pengabaian hingga menyebabkan kematian seorang bayi di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu pada 8.24 pagi kelmarin.

"Hasil siasatan polis mendapati kejadian berlaku pada 5.30 pagi di sebuah pusat jagaan berpantang di Kota Bharu.

"Mangsa telah dibawa ke sebuah hospital swasta untuk mendapatkan rawatan dan disahkan meninggal dunia," katanya dalam kenyataan semalam.

Mohd Rosdi berkata berikutan itu suspek iaitu jururawat berusia lingkungan 20-an dan masih bujang ditahan pada 6 petang semalam.

Beliau berkata suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret di sini untuk permohonan reman hari ini.

“Siasatan lanjut masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619