AGENDA

Pencemaran bau, tiga sekolah di Johor Bahru laksana PdPR

10 Sep 2024, 3:09 AM
Pencemaran bau, tiga sekolah di Johor Bahru laksana PdPR

JOHOR BAHRU, 10 SEPT: Tiga sekolah di daerah ini melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) hari ini susulan pencemaran bau.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Johor Aznan Tamin berkata sekolah berkenaan ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Maju Jaya serta dua sekolah swasta iaitu Sekolah Rendah Islam Hidayah dan Sekolah Menengah Islam Hidayah.

Beliau berkata SK Kampung Maju Jaya melibatkan 974 murid dan 64 guru, Sekolah Rendah Islam Hidayah 1,232 murid dan 92 guru manakala Sekolah Menengah Islam Hidayah (807 pelajar, 75 guru).

"Setakat ini (PdPR) hari ini sahaja dahulu, (lanjutan tempoh) bergantung kepada situasi dan laporan semasa," katanya ketika dihubungi hari ini.

Semalam, SK Kampung Maju Jaya ditutup susulan 27 murid mengalami gejala pening dan muntah-muntah dipercayai akibat pencemaran bau yang berlaku di Kampung Maju Jaya dan Kampung Tawakal di sini.

Dilaporkan kesemua murid terbabit menerima rawatan awal di sekolah berkenaan oleh doktor dan jururawat dari sebuah klinik kesihatan, dengan hanya seorang dirujuk ke Hospital Sultanah Aminah di sini.

Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi dilapor berkata pihaknya mahu Polis Diraja Malaysia dan agensi berkaitan menjalankan siasatan bagi menangani isu pencemaran dengan sebaik mungkin.

-BERNAMA

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619