AGENSI

JKM Selangor giat anjur progam galak pengusaha daftar taska

9 Sep 2024, 1:30 PM
JKM Selangor giat anjur progam galak pengusaha daftar taska

OLEH AIDA MOHAMED NYAN

SHAH ALAM, 9 SEPT: Sebanyak 226 taman asuhan kanak-kanak atau taska di Selangor dilaporkan masih tidak berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Justeru, Ketua Penolong Pengarah JKM Selangor, Roziah Osman berkata pihaknya kini giat melakukan program advokasi untuk menggalakkan taska-taska didaftar dengan segera.

"Yang tidak berdaftar ini, kita sudah mulakn dengan program advokasi yang kita panggil sebagai pemutihan kepada taska yang tidak berdaftar. Jadi kita lihat jumlah pun semakin berkuranglah.

"Saya ingin menasihatkan pengusaha taska berhubung dengan JKM bagaimana utnuk mendaftar. Kita harap menjelang 2025, Selangor mencapai sifar taska yang tidak berdaftar,"katanya.

Beliau berkata demikian dalam program bual bicara Hai Selangor bertajuk Masih Selamatkah Taska Anak Kita terbitan Selangortv, hari ini.

Tambah beliau, taska-taska yang sudah beroperasi juga diingatkan agar sentiasa mematuhi syarat yang telah ditetapkan termasuk pemasangan kamera litar tertutup CCTV.

"Semua taska yang ingin berdaftar wajib memasang CCTV di tempat yang sepatutnya dan tidak ada titik buta. CCTV itu juga haruslah berfungsi dengan baik," katanya.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619