AGENDA

Singapura tingkat langkah keselamatan di semua pusat pemeriksaan

9 Sep 2024, 3:52 AM
Singapura tingkat langkah keselamatan di semua pusat pemeriksaan

SINGAPURA, 9 SEPT: Singapura sedang meningkatkan pemeriksaan keselamatan di semua pusat pemeriksaan darat, udara dan laut dari 9 hingga 14 September ini.

Pihak Berkuasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) Singapura mengumumkan bahawa ia akan melaksanakan pemeriksaan keselamatan yang dipertingkatkan ke atas pengembara dan kenderaan yang tiba di pusat pemeriksaan darat, udara dan laut berikutan situasi keselamatan yang semakin meningkat di rantau ini.

"Pengembara harus menjangkakan kelewatan di pusat pemeriksaan berikutan pemeriksaan yang dipertingkatkan dan mengambil kira masa tambahan untuk urusan imigresen," menurut ICA dalam hantaran di laman Facebook rasminya.

Agensi itu bagaimanapun tidak memperincikan sebab di sebalik langkah keselamatan berkenaan.

Paus Francis dijadual melawat Singapura dari 11 hingga 13 September untuk pusingan terakhir lawatannya ke Asia Pasifik.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619