EXCO

Cawangan kedua pusat khidmat masyarakat mudahkan penduduk DUN Batang Kali

7 Sep 2024, 9:10 AM
Cawangan kedua pusat khidmat masyarakat mudahkan penduduk DUN Batang Kali
Cawangan kedua pusat khidmat masyarakat mudahkan penduduk DUN Batang Kali

HULU SELANGOR, 7 SEPT: Pembukaan cawangan kedua pusat khidmat masyarakat (PKM) Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Kali memudahkan masyarakat berinteraksi dengan pemimpin.

EXCO Perumahan dan Kebudayaan Datuk Borhan Aman Shah berkata pembukaan cawangan kedua itu juga memudahkan pihak penyelaras DUN menyalurkan semua inisiatif Kerajaan Negeri dengan segera.

“Tahniah kepada saudara Saifuddin Shafi Muhammad (Penyelaras DUN Batang Kali) kerana membuka cawangan kedua PKM, ini satu usaha yang sangat baik dan wajar dicontohi semua ahli dewan negeri.

[caption id="attachment_662170" align="alignleft" width="517"] EXCO Perumahan Datuk Borhan Aman Shah (tengah) merasmikan Pejabat Penyelaras DUN Batang Kali Zon 2 dan Pejabat Ahli Majlis MPHS di Bukit Beruntung, Hulu Selangor pada 7 September 2024. Hadir sama Pegawai Penyelaras DUN Batang Kali Saifuddin Shafi Muhammad (tiga, kiri). Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR[/caption]

“Bagi saya idea beliau juga bagus kerana pembukaan cawangan PKM ini turut kerjasama dengan ahli majlis, mungkin boleh jimat daripada aspek pentadbiran dan kadar sewa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Perasmian dan Majlis Doa Selamat Pejabat Penyelaras DUN Batang Kali Cawangan Kedua di Jalan Adenium 2G/6, Seksyen BB5 Bukit Beruntung di sini hari ini.

Sementara itu, Saifuddin berkata pihaknya mengambil keputusan untuk buka PKM cawangan kedua selepas mendapat rungutan daripada penduduk setempat kerana lokasi PKM di Antara Gapi agak jauh.

“Kawasan Batang Kali ini besar dan PKM cawangan pertama kita di Antara Gapi agak jauh untuk penduduk sekitar sini mahu ke sana.

“Justeru, saya bekerjasama dengan empat ahli majlis untuk buka PKM cawangan kedua bagi memudahkan masyarakat setempat berkunjung ke sini jika ada sebarang aduan,” katanya.

Beroperasi setiap Isnin hingga Jumaat bermula jam 8 pagi hingga 5 petang, Saifuddin memaklumkan beliau akan berada di pejabat cawangan itu pada Selasa, Sabtu dan Ahad.

 

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619