AGENDA

Program Malam Cinta Rasul di Dataran Putra 15 September

4 Sep 2024, 11:00 AM
Program Malam Cinta Rasul di Dataran Putra 15 September

PUTRAJAYA, 4 SEPT: Program Malam Cinta Rasul diadakan di Dataran Putra di sini pada 15 September ini sebagai usaha mengimarahkan program-program penghayatan serta kecintaan kepada Nabi Muhammad SAW.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar berkata program yang dianjurkan melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) itu diadakan sempena Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan Tahun 1446H/2024.

“Program berkenaan akan bermula dengan solat Maghrib dan Isyak secara berjemaah dan kemudian disusuli dengan pengisian program Malam Cinta Rasul,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata program itu akan membawakan empat orang penceramah iaitu Mufti Selangor Datuk Anhar Opir; Mufti Pulau Pinang Prof Madya Datuk Dr Mohd Sukki Othman; Timbalan Mufti Sabah Datuk Abdul Manap Lakariba serta Habib Ali Zainal Abidin.

“Orang ramai dijemput hadir memeriahkan serta mengimarahkan majlis itu.

“Semoga dengan penganjuran ini dapat menyematkan kecintaan kita kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW,” katanya.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619