AGENSI

Air Selangor sumbang keperluan asas kepada rumah kebajikan, keluarga B40

2 Sep 2024, 4:24 AM
Air Selangor sumbang keperluan asas kepada rumah kebajikan, keluarga B40
Air Selangor sumbang keperluan asas kepada rumah kebajikan, keluarga B40

SHAH ALAM, 2 SEPT: Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menghulurkan sumbangan barangan keperluan asas makanan kepada penghuni di tiga rumah kanak-kanak sekitar Lembah Klang sempena Hari Kebangsaan ke-67.

Penerima adalah dalam kalangan penghuni Rumah Kebajikan Anbu Illam, Kuala Lumpur; House of Joy, Puchong dan Rumah Kasih Harmoni, Sungai Buloh.

“Sukarelawan Hydro Heroes terdiri lapan warga kerja Air Selangor dan lapan orang sukarelawan SAPOT, sebuah platform sokongan sosial menyertai acara ini.

“Mereka turut mengadakan bengkel Self-Care Safari di Rumah Kebajikan Anbu Illam. Bengkel pertama kali ini bertemakan kesihatan mental bagi meningkatkan kesedaran terhadap kesihatan mental di kalangan kanak-kanak dan remaja.

“Dalam pada itu, kami juga meluangkan masa menyantuni mereka dengan sambutan hari jadi dan nyanyian lagu kemerdekaan bagi menyemarakkan lagi sambutan Hari Kebangsaan bulan ini,” maklumnya menerusi Facebook.

Tambahnya, Air Selangor turut mengagihkan 5,835 kotak Box of Hope iaitu bantuan barangan makanan asas kepada keluarga berpendapatan rendah (B40) di sekitar Lembah Klang sejak 30 Jun 2020.

“Sumbangan dilaksanakan menerusi program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Sesama Mara.

“Jadi, mari teruskan menyumbang kepada Box of Hope menerusi pautan ini https://www.airselangor.com/boxofhope/,” katanya.

[caption id="attachment_661286" align="aligncenter" width="1054"] Sukarelawan menyantuni kanak-kanak dalam program penyampaian sumbangan kepada rumah kebajikan sempena Hari Kebangsaan ke-67 pada 31 Ogos 2024. Foto Facebook Air Selangor[/caption]

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619