ad
AGENDA

Lelaki hilang selepas lori terhumban dalam laut ditemukan lemas

1 Sep 2024, 2:30 PM
Lelaki hilang selepas lori terhumban dalam laut ditemukan lemas

SHAH ALAM, 1 SEPT: Lelaki yang dilaporkan hilang selepas sebuah lori terhumban ke dalam laut di dermaga Pelabuhan Barat, Klang dekat sini, tengah hari tadi ditemukan lemas petang ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Wan Md Razali Wan Ismail berkata mayat Mohd Hafiz Abdul Salam, 24, ditemukan kira-kira 5 petang di kedudukan 20 meter dari lokasi kejadian, pada kedalaman 13 meter.

“Mohd Hafiz bekerja sebagai ‘terminal tractor operator’ sejak 21 Dis 2021. Mayatnya dibawa naik ke daratan dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Wan Md Razali berkata saksi kejadian memaklumkan melihat sebuah lori sedang diparkir sebelum ia bergerak dalam keadaan laju lalu melanggar batu penghadang dan jatuh ke dalam laut.

-BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.