AGENDA

Polis siasat dakwaan ahli politik terlibat kes pemerdagangan orang

31 Ogos 2024, 3:30 PM
Polis siasat dakwaan ahli politik terlibat kes pemerdagangan orang

KUALA NERUS, 31 OGOS: Polis Diraja Malaysia membuka kertas siasatan berhubung dakwaan penglibatan seorang bekas timbalan menteri dalam sindiket pemerdagangan orang di Myanmar.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, yang mengesahkan perkara itu, bagaimanapun enggan mengulas lanjut bagi mengelakkan sebarang spekulasi.

“Polis sudah membuka kertas siasatan dan saya letak sepenuh kepercayaan terhadap profesionalisme polis apabila mereka sudah buka fail tentang perkara itu," katanya kepada pemberita selepas Program Menyemai Kasih Rakyat (MEKAR) Penyerahan Dokumen Pengenalan Diri di Balai Raya Pulau Redang di sini hari ini.

Media sebelum ini melaporkan Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia telah menyerahkan laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia pada Rabu lepas untuk menyiasat seorang ahli politik bersama suaminya yang didakwa terlibat dengan sindiket pemerdagangan manusia di Myanmar.

Saifuddin Nasution turut memaklumkan hasil Mesyuarat Menteri-Menteri Asean mengenai Jenayah Rentas Sempadan di Laos yang dihadirinya baru-baru ini.

"Apa yang diperakukan oleh semua negara ialah trend pemerdagangan orang yang semakin meningkat,” katanya.

Beliau berkata hampir semua negara Asean memiliki undang-undang bagi mengekang jenayah itu termasuk Malaysia iaitu Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007.

-BERNAMA

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619