AGENSI

Penduduk Orang Asli manfaat saringan percuma, periksa tahap kesihatan

31 Ogos 2024, 11:00 AM
Penduduk Orang Asli manfaat saringan percuma, periksa tahap kesihatan
Penduduk Orang Asli manfaat saringan percuma, periksa tahap kesihatan
Penduduk Orang Asli manfaat saringan percuma, periksa tahap kesihatan
Penduduk Orang Asli manfaat saringan percuma, periksa tahap kesihatan
Penduduk Orang Asli manfaat saringan percuma, periksa tahap kesihatan
Penduduk Orang Asli manfaat saringan percuma, periksa tahap kesihatan

AMPANG JAYA, 31 OGOS: Lebih 50 penduduk Perkampungan Orang Asli Kemensah, di sini menjalani pemeriksaan kesihatan percuma anjuran Hospital Orang Asli Gombak.

Pegawai farmasi Tay Cheng En berkata penduduk dari pelbagai peringkat usia melakukan pemeriksaan awam seperti ujian darah dan kolesterol selain pemeriksaan gigi.

[caption id="attachment_661079" align="aligncenter" width="802"] Pegawai Farmasi Hospital Orang Asli Gombak, Tay Cheng En. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR[/caption]

“Sambutan menggalakkan dan ramai yang datang memeriksa tahap kesihatan masing-masing. Mereka yang tidak sihat diberikan ubat,” katanya.

Sementara itu petani Kiah San, 57, berkata dia datang ke program berkenaan bagi mendapatkan ubat demam dan batuk selain menjalani saringan kesihatan.

[caption id="attachment_661081" align="aligncenter" width="772"] Kian San, 57. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR[/caption]

“Saya periksa dengan doktor. Terus minta ubat demam, batuk sebab sekarang musim tak sihat. Sudah ada ubat ini, tidak perlulah saya pergi klinik,” katanya.

Pekerja swasta Asmah Ujin berkata program berkenaan perlu dimanfaatkan semua penduduk untuk melihat tahap kesihatan masing-masing.

[caption id="attachment_661080" align="aligncenter" width="812"] Asmah Ujin, 28. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR[/caption]

“Bagus program macam ini. Kalau ada penyakit, kita boleh rawat awal. Senang kalau program ini dibuat selalu,” katanya.

Terdahulu, karnival kesihatan di Dewan Orang Asli Kemensah di sini disempurnakan oleh Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari yang turut dihadiri Penyelaras Hulu Kelang Juwairiya Zulkifli.

[caption id="attachment_661040" align="aligncenter" width="811"] Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari melawat reruai selepas merasmikan program Karnival Kesihatan Bersama Orang Asli Kemensah di Dewan Orang Asli Kemensah, Ampang Jaya pada 31 Ogos 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR[/caption]

[caption id="attachment_661037" align="aligncenter" width="781"] Kanak-kanak Orang Asli dari suku kaum Temuan diajar cara menggosiok gigi dengan betul dalam program Karnival Kesihatan Bersama Orang Asli Kemensah di Dewan Orang Asli Kemensah, Ampang Jaya pada 31 Ogos 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR[/caption]

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619