AGENDA

Wira insiden tembakan di Balai Polis Ulu Tiram pimpin ikrar Rukun Negara, laungan merdeka

31 Ogos 2024, 12:43 AM
Wira insiden tembakan di Balai Polis Ulu Tiram pimpin ikrar Rukun Negara, laungan merdeka
Wira insiden tembakan di Balai Polis Ulu Tiram pimpin ikrar Rukun Negara, laungan merdeka

PUTRAJAYA, 31 OGOS: Wira insiden tembakan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor, Koperal Mohd Khairul Azhar Abbi Paisa memimpin bacaan ikrar Rukun Negara sempena sambutan Hari Kebangsaan 2024 hari ini.

Suasana menjadi lebih bermakna apabila suara lantang Mohd Khairul melaungkan ‘Merdeka’ sebanyak tujuh kali bergema di Dataran Putrajaya, seolah-olah mengimbau detik bersejarah laungan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj pada 31 Ogos 1957 di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.

Acara bacaan ikrar itu turut disertai 66 pelajar dari Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PISMP) Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Ilmu Khas Cheras, Kuala Lumpur.

Dalam kejadian pada 2.45 pagi 17 Mei lepas, dua anggota polis di balai berkenaan terkorban selepas diserang seorang lelaki bersenjatakan parang.

Sementara itu, pensyarah yang juga penyelaras dan jurulatih bagi bacaan ikrar pasukan IPG Kampus Ilmu Khas, Saiful Azam Khoo Abdullah berkata penampilan kali ketiga pasukan itu dalam acara penting negara ini dilihat sebagai satu penghormatan besar kepada institusi berkenaan.

“Tahun lepas kami membuat bacaan ikrar dalam bahasa isyarat, kali ini kami melaksanakan bacaan ikrar secara lisan dengan formasi kawad dan pakaian seragam batik,” katanya kepada Bernama.

-- BERNAMA

[caption id="attachment_660971" align="aligncenter" width="701"] Suasana acara perbarisan dan perarakan pada sambutan Hari Kebangsaan Ke-67 bertemakan “Malaysia MADANI: Jiwa Merdeka” di Dataran Putrajaya pada 31 Ogos 2024. Foto Facebook BERNAMA[/caption]

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619