SELANGOR

Gagasan Rumpun Selangor: Rakyat Klang teruja jumpa Raja Muda

28 Ogos 2024, 9:03 AM
Gagasan Rumpun Selangor: Rakyat Klang teruja jumpa Raja Muda
Gagasan Rumpun Selangor: Rakyat Klang teruja jumpa Raja Muda
Gagasan Rumpun Selangor: Rakyat Klang teruja jumpa Raja Muda
Gagasan Rumpun Selangor: Rakyat Klang teruja jumpa Raja Muda

KLANG, 28 OGOS: Kehadiran Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor sekitar bandar Klang sempena program Gagasan Rumpun Selangor hari ini mengujakan rakyat setempat.

Peniaga, Sin Heng, 53, berkata dia tertarik melihat keramahan Tengku Amir Shah melayan rakyat pelbagai bangsa dan tidak kekok melayan permintaan untuk berswafoto.

[caption id="attachment_660447" align="aligncenter" width="675"] Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah (tengah) hadir pada Program Ekplorasi Gagasan Rumpun Selangor peringkat daerah Klang 2024 di Stesen KTM Klang pada 28 OGOS 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR[/caption]

“Baguslah program macam ini. Pergi ke tempat yang ada semua bangsa. Macam kedai ini (Chong Kok Kopitiam), tuanku datang makan. Baginda boleh lihat keunikan kedai sebab semua bangsa datang makan,” katanya ditemui.

Pelajar, Nur Raisah Mohd Hakim, 21, berkata dia sanggup menunggu hampir satu jam di stesen komuter Klang kerana ingin melihat wajah Tengku Amir Shah secara dekat.

“Saya nak naik komuter pergi kelas. Tadi ada yang maklumkan Raja Muda Selangor dalam perjalanan ke sini. Jadi saya tunggu sebab tak pernah lihat depan-depan,” katanya.

[caption id="attachment_660468" align="aligncenter" width="686"] DYTM Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah (tengah) hadir pada Program Gagasan Rumpun Selangor peringkat daerah Klang 2024 di Stesen KTM Klang pada 28 OGOS 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR[/caption]

Sementara itu, pemilik Chong Kok Kopitiam berkata dia bersama ahli keluarga dan pekerja bertungkus lumus mengemas kedai sejak seminggu lalu sebagai persediaan menyambut kehadiran Tengku Amir Shah.

Yu Siok Kuk, 96, berkata hampir setiap hari mereka mengemas dan memastikan setiap sudut kedai dalam keadaan bersih malah beberapa bahagian kedai turut dicat.

“Sejak dibuka pada 1985, kedai ini memang menjadi perhatian kerabat diraja tapi ini pertama kali Raja Muda Selangor datang. Baginda cuba menu utama iaitu roti goyang, roti hainan dan kopi,” katanya.

Bermula hari ini hingga Jumaat, Tengku Amir Shah akan menjelajah ke seluruh Klang termasuk kawasan Pulau Ketam bagi menyantuni lebih ramai penduduk selain menjalankan beberapa aktiviti bersama rakyat.

[caption id="attachment_660472" align="aligncenter" width="682"] DYTM Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah (tengah) hadir ke Kedai Chong Kok Kopitiam pada Program Ekplorasi Gagasan Rumpun Selangor peringkat daerah Klang 2024 pada 28 OGOS 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR[/caption]

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619