AGENSI

Selawat, munajat, perarakan antara pengisian sambutan hari kemerdekaan negeri

28 Ogos 2024, 2:10 AM
Selawat, munajat, perarakan antara pengisian sambutan hari kemerdekaan negeri
Selawat, munajat, perarakan antara pengisian sambutan hari kemerdekaan negeri
Selawat, munajat, perarakan antara pengisian sambutan hari kemerdekaan negeri
Selawat, munajat, perarakan antara pengisian sambutan hari kemerdekaan negeri

SHAH ALAM, 28 OGOS: Orang ramai khususnya rakyat Selangor dijemput memeriahkan sambutan Hari Kebangsaan ke-67 peringkat negeri di Dataran Kemerdekaan, di sini pada 30 Ogos.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata bertemakan Jiwa Merdeka, pelbagai program menarik dianjurkan mulai jam 6 petang Jumaat ini.

"Pelbagai aktiviti menarik menanti termasuk program selawat dan munajat, perbarisan dan perarakan kontinjen, pertunjukan bunga api serta banyak lagi.

"Setiap acara ini dirancang untuk menguatkan semangat patriotisme dan memperkukuh perpaduan antara kita semua," katanya menerusi Facebook semalam.

Enam artis iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza, Faizal Tahir, Roy, Poey Stings, Projektor Band dan kumpulan tarian Zeppo Youngsterz akan membuat persembahan sempena sambutan peringkat negeri itu.

Pada 5 Ogos, Amirudin berkata lebih 10,000 pengunjung dijangka memeriahkan sambutan Hari Kebangsaan ke-67 peringkat negeri dengan pelbagai pengisian menarik.

Beliau berkata antara aktiviti dan program yang disediakan termasuk perarakan dan perbarisan, persembahan artis selain penyampaian anugerah kepada tokoh kemerdekaan.

Pada tahun ini, logo Malaysia Madani dipilih sebagai logo Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia bagi tahun kedua berturut-turut, dengan tema sambutan ‘Malaysia Madani – Jiwa Merdeka’.

"Jangan lepaskan peluang untuk turut serta dalam sambutan penuh makna ini. Ayuh kita meriahkan Dataran Kemerdekaan Shah Alam dengan kehadiran kita semua. Jumpa anda di sana!," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619