AGENSI

Manfaat zakat wakalah, Yayasan MBI baik pulih 10 rumah asnaf

27 Ogos 2024, 1:37 PM
Manfaat zakat wakalah, Yayasan MBI baik pulih 10 rumah asnaf
Manfaat zakat wakalah, Yayasan MBI baik pulih 10 rumah asnaf

KUALA SELANGOR, 27 OGOS: Sebanyak 10 kediaman asnaf, fakir, miskin dan fisabilillah dibaik pulih menggunakan peruntukan zakat wakalah Yayasan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI tahun ini.

Ketua Yayasan MBI Ahmad Azri Zainal Nor berkata purata kos bagi menaik taraf sesebuah rumah terlibat adalah sekitar RM20,000 hingga RM40,000.

“Kita tidak menyasarkan jumlah rumah yang dibaik pulih kerana ia bergantung kepada permohonan dan tahun ini agihan zakat wakalah MBI adalah sebanyak RM700,000.

“Kita akan meneliti mana-mana permohonan dan sekiranya ia menepati kriteria pihak Yayasan MBI akan menyalurkan bantuan kepada yang layak,” katanya.

Terdahulu, beliau melawat kediaman salah seorang asnaf, Mohd Faizal di Kampung Permatang di sini selepas ia dibaik pulih dengan menggunakan peruntukan sebanyak RM40,000.

[caption id="attachment_660235" align="alignnone" width="791"] Ketua Yayasan MBI Ahmad Azri Zainal Nor bergambar bersama penerima sumbangan baik pulih rumah di Kampung Permatang, Kuala Selangor pada 27 ogos 2024. HAFIZ OTHMAN[/caption]

Selain membaiki rumah, Ahmad Azri berkata zakat wakalah juga boleh diguna untuk baik pulih masjid atau surau, bantuan pendidikan, kewangan dan individu asnaf yang terlantar atas faktor kesihatan.

Permohonan zakat wakalah boleh dibuat kepada Yayasan MBI dengan menghantar surat permohonan dan beberapa dokumen berkaitan.

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut hubungi 03-5513 8898 (sambungan ke Yayasan MBI).

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619