ad
AGENDA

Yayasan RMS diiktiraf MBOR sumbang cermin mata percuma paling banyak

27 Ogos 2024, 11:24 AM
Yayasan RMS diiktiraf MBOR sumbang cermin mata percuma paling banyak
Yayasan RMS diiktiraf MBOR sumbang cermin mata percuma paling banyak

SABAK BERNAM, 27 OGOS: Yayasan Raja Muda Selangor (YRMS) menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR) sebagai penyumbang cermin mata percuma paling banyak di Malaysia.

Program dengan kerjasama 99 Vision Sdn Bhd menyediakan 5,700 cermin mata selain 9,600 individu menjalani pemeriksaan mata percuma dengan peruntukan RM1.026 juta.

Sijil pengiktirafan berkenaan disampaikan wakil MBOR, Siti Hajar Johor kepada Ketua Pegawai Eksekutif YRMS, Aiman Syafiq Nazri dan Ketua Pegawai Eksekutif 99 Vision, Nicholas Ooi.

Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor berkenan menyaksikan majlis tersebut yang diadakan sempena Hari Terbuka Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) YRMS 2024 di Politeknik Sultan Idris Shah di sini, hari ini.

[caption id="attachment_660288" align="alignnone" width="803"] DYTM Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah berkenan melawat pameran ketika Majlis Hari Terbuka Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Yayasan Raja Muda Selangor (YRMS) 2024 di Politeknik Sultan Idris Shah, Sabak Bernam pada 27 Ogos 2024. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR[/caption]

Dalam majlis sama, Tengku Amir Shah turut menyaksikan pemeteraian usahasama antara YRMS bersama enam institusi kemahiran menerusi pertukaran Sijil Kolaborasi (CoC).

Kerjasama strategik tersebut bertujuan mengasah kemahiran belia dalam bidang vokasional selain membuka jaringan kerjasama lebih luas bersama syarikat industri.

Enam institusi kemahiran itu adalah Todak Academy, Aerodyne Group, Carsome Academt, Akademi Sulam Emas, TTAP by Persona Energy, dan BAuto Training School.

Tengku Amir Shah juga meluangkan masa kira-kira sejam melawat lokasi kelas dan bengkel selain menyaksikan pertandingan TVET serta reruai kemahiran di Dewan Sri Lang, Politeknik Sultan Idris Shah.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.